Monday, April 25, 2011

Keropok Lekor Oversea

Assalamualaikum semua..harini kita-memories terasala nk share satu resepi yang sgt2 simple n senang..ktorg slalu kempunan nk makan mende ni,jadi mintak aje kt cik pantai timo..slalu buat gune ikan beku je,tp kalini sebab yg ade kat rumah hanyalah tuna tin,jadi gune ajela kan..anyway,resepi adelah still sama..sedappp,Alhamdulillah ^_^

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan sardin beku (bukan sardin dalam tin)

(atau 4-5 tin tuna)

¼ peket Tepung ubi (beli kat Ctown)

Garam

Cara :

1) Bersihkan ikan (ambil isi ikan sahaja) – buang kulit ikan dan tulang, potong kecil-kecil supaya mudah blend.

2) Blend ikan sardine (tanpa air) – guna blender kering

3) Masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi dan garam ke dalam bekas yang mengandungi isi ikan yang telah diblend tadi. Gaul sehingga boleh dibentuk. (tetapi jangan terlalu keras. Adunan lembut sahaja dan tidak melekat)

4) Adunan tadi digentel di atas papan/dulang . bentuk panjang-panjang (atau ikut suka2)

5) Panaskan air di dalam periuk

6) Masukkan keropok yang telah siap dibentukkan tadi ke dalam air yang mendidih. Masukkan sedikit minyak (supaya apabila angkat nanti, tidak melekat )

7) Angkat keropok apabila ianya timbul pada permukaan air rebusan.

8) Potong mengikut bentuk yang anda mahu dan goreng seperti biasa.

· Adunan yang belum direbus, boleh digoreng terus. Rebus dahulu supaya yang lebih, boleh disimpan di dalam peti ais. Atau bagi akhawat2 , adik2 kesayangan anda. J

· Makan lah dengan sos cili biasa/ sos pencicah (juga boleh didapati di Ctown)

· Jangan masukkan air ya, sebab nanti rasa tepung sangat, x sedap sgt!


Di edit sikit dari blog ni : http://specialinterengganu.blogspot.com/2010/07/resepi-keropok-lekor-terengganu.html

Monday, April 18, 2011

Nasi Kerabu Syari' Huson

Assalamualaikum..selamat petang..before ktorg nk pegi aerobic,kkita-memories nk share resepi yg selalu dibuat oleh kakak Pantai Timur kami..hik3..dia mmg selalu masaklah bila ktorg mintak..ktorg ni mmg selalu kempunan makann2 pntai timur ni..request aje kt die hihi...alhamdulillah 3ala kulli haal...
resepi ni simple(okla buat ktorg yg duduk oversea yg kekurangan brg2 malaysia ni kan)..janji dpt hilang kempunan :P

versi hijau :)

Bahan-bahannya:

Kerabu ikan:

2-3 tin Sardin Milo [boleh juga guna ikan ape2 yang dah digoreng]
1 ½ cwn Kelapa kering / kopra3 batang Serai

1 biji Bawang besar
2 biji Bawang putih
2-3cm Gula Melaka (cairkan)
1 sudu kecil Serbuk lada hitamSecubit Garam

Kuah:

1 biji Bawang besar
10 batang Cili kering
2 batang Serai2cm Lengkuas
1 bungkus Santan segera
2-2-3 cm Gula Melaka / 1 sudu gula

Secubit Garam

Cara-caranya :

1.Kerabu :

· Sardin dihancurkan dan digoreng tanpa minyak.(kalau nak guna ikan, goreng dahulu dan hancurkan)

· Blend kelapa kering dan digoreng tanpa minyak.

· Blend bawang besar,bawang merah dan serai.

· Panaskan kuali dengan api sederhana.Tumis bahan yang diblend.

· Setelah harum baunya,masukkan sardin. Kacau rata.

· Masukkan lada hitam dan garam

· Akhir sekali,masukkan kelapa kering dan gula melaka.Kacau sebati.

2.Kuah :

· Blend bawang besar,sebatang serai dan cili kering

· Tumis bahan yang diblend sehingga pecah minyak.

· Masukkan gula Melaka / gula

· Masukkan santan. Kacau sentiasa.

· Masukkan lengkuas dan lebihan serai.

· Masukkan garam secukup rasa.

*Ulam pelengkap
Cincang sayur berikut : kacang buncis (sebab tiada kacang panjang), timun (saya tambah lobak, sayur kobis)

*Nasi
Tanak nasi dengan pewarna biru (atau apa2 warna yang digemari) + daun limau purut

*Bahan penambah selera :-

-Budu + cili api + lemon

- Keropok ikan (keropok keping ye. Bukan keropok lekor)

*p.s : kuantiti bahan boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa.. J


versi merah :)

Selamat Mencuba ^^

Resepi oleh kakHasniBushra, diambil dari blog : http://dr2naz.blogspot.com/2010/05/resepi-nasi-kerabu-versi-jordan.html

Sunday, April 17, 2011

Asam Pedas Ikan

Assalamualaikum semua..
kita-memories ptg ni nk share 1 resepi bess n sedap..buat penghilang rindu pada makanan msia nuh..kakak sulung yg selalu buat ni,dia mmg pro bab2 asam pedas ni hehe..sukatan2 tu,agak2 je la yer...sbb die dh pro sgt kan,so dh biasa campak2 je..xmcm adik2 die ni,hik3..ok jom tgk resepi die!

maafla,gamba ni aje yg ade..lain kali kalau kami masak lg,kami letak cantik2 ye :P

Bahan-bahan:

-ikan,dipotong2 (kt jordan,kami gune ikan xde kepala frozen je,sbb cni xde ikan sgt)
-bwg merah
-bwg putih
-cili blend
-biji ketumbar-tumbuk(gune serbuk ketumbar je)
-serbuk kunyit
-asam keping
-lengkuas dihiris2
-kentang(optional)
-tomato/bendi
-garam
-gula
-daun kunyit
-daun kesum

Cara-caranya:

-tumis bwg putih n bwg merah
-masukkan cili blend..tumis
-masuk ketumbar ,serbuk kunyit,asam keping,belacan,lengkuas
-masukkan air
-boleh masok kentang
-bile dah didih masokkan ikan
-masokkan garam,gula,daun kunyit & daun kesum
-masokkan tomato/bendi or ape2 yg disukai

tunggu sampai ikan masak ok!
selamat mencuba! ^^

Saturday, April 16, 2011

Homemade Mushroom Cream

Assalamualaikum semua..dan selamat petang!(sbb kt tempat kami ni tgh ptg,cuaca sedap..alhamdulillah..)

harini kita-memories nk share recipe yg si adik kecik selalu buat..mmg selalulah..resepi mudah je,okla utk buat hilang kempunan nk makan yg western2 kan..hehe,memang sedap!


Bahan-bahan:

1 tin mushroom (yg saiz biase tu)
750ml susu (gune susu kotak je)
2 ulas bawang putih
1 biji kiub ayam
lada hitam ikut suka
tepung jagung -bergantung pada nak pekat mcm mana
Ayam potong kecik2/kentang-optional
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. baca bismillah dulu :))).. kemudian...blend 1/2 tin mushroom dan bwang putih. letak susu sket utk senang blend
2. masak bahan blend atas api perlahan.
3. campurkan ayam potong atau kentang (optional)
4. bila kentang/ ayam dah masak sket, masukkan baki mushroom slices, kiub ayam, lada hitam dan susu.
5. tambahkan tepung jagung mengikut kepekatan yg diingini
6. tambah garam kalau perlu


tadaaa.....sedap dimakan dgn garlic bread. nyummy~
selamat mencuba!

Friday, April 15, 2011

Sambal Kicap Kak Odah


assalamualaikum..
tengok kat tajuk..hah?sambal kicap?rase macam senang kan..tp sambal kicap ni bkn main2 punye sambal kicap..yang selalu buat sambal ni mestila the only orang jawa dalam rumah ni,kakak sulung kami..die je yg tere bab2 sambal ni..resepi ni die blaja dari bibik die yg berasal dari kepulauan Jawa..name die Kak Odah..tu sebab nama resepi ni Sambal Kicap Kak Odah hehehe..memang the best lah! alhamdulillah~


Bahan-bahan:

-cili api /lada hijau 10-15[ape penjodoh bilangan cili?]
-kicap
-bawang besar[sket jekk..dlm suku jek]
-gula
-lemon[kat joden mane ade limau nipis]
-bawang goreng
-daun sup

p/s:bahan2 ni agak2 sendiri la ye sukatan die..ikut ilham dari Tuhan dan ikut sesedap rasa je..^^

Cara-caranya:

1-basuh cili,,hiris bawang besar,tumbuk cili +bawang besar
2-masukkan gula sket,tumbuk sekali
3-tumbuk tumbuk smpai agak hancur[jangan main-main ,ktorg ada lesung batu bawak dari msia]
4-masukkan dlm mangkuk,tuang kicap
5-tabur daun sup+bawang goreng dan perah lemon...

p/ss: kalau nak lagi rajen,goreng sket dulu cili/lada tuh.

p/sss: Edisi Jordan punye: [kalo takde lesung batu]

-lepas basuh ,cili tuh blend ngn bawang..tipsnya,jgn blend ngn air langsung..blend cili tuh kicap semata..baru die pekat.letak sket jek dulu kicap..campo semua bawang,dan gula,blend sekali.
dan hancur cili,tuang dlm mangkuk,campor lg kicap.tabur daun sup,bwg goreng,perah lemonnnn..nyum2

sedap mkn panas2 dengan sup ayam,soto,tomyam.............=)
selamat mencuba!

Kek Pisang Ummu


assalamualaikum..
harini adik kecik kami buat kek pisang lagi..nyum nyum!dah berape kali kek ni dibuat and setiap kali buat memang menjadilah..cukup lembut,cukup rase pisang..manis die pun ok2 je..alhamdulillah..
resepi ni diambil dulu2 time raya dari Ummu Ahmad(Ummu Salamah)..thanx to her,atlast we got our perfect recipe for kek pisang ^^



Bahan-bahan:

4 biji pisang(saiz sedang je)-dilenyek
1 1/4 cawan tepung
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak
3 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam

Cara-cara:

-blend/pukul gula dan telur sampai kembang
-masukkan tepung,soda bikarbonat dan pisang dalam gula dan telur tadi
-last skali masukkan minyak and garam dalam tu
-kacau semua sebati dan rata
-masuk dalam acuan dan bakar sampai masak

senang kan?
selamat mencuba!! ^^

Why?


assalamualaikum...
why we make this blog?
because we want to share everything that we cook here in Jordan,with you..hehe.
of course all of us were inspired by our sifu kak Hana ...
and maybe you can find anything other than foods in this blog so look forward for it :)
till then,see ya inshallah



gambar hiasan