Monday, April 25, 2011

Keropok Lekor Oversea

Assalamualaikum semua..harini kita-memories terasala nk share satu resepi yang sgt2 simple n senang..ktorg slalu kempunan nk makan mende ni,jadi mintak aje kt cik pantai timo..slalu buat gune ikan beku je,tp kalini sebab yg ade kat rumah hanyalah tuna tin,jadi gune ajela kan..anyway,resepi adelah still sama..sedappp,Alhamdulillah ^_^

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan sardin beku (bukan sardin dalam tin)

(atau 4-5 tin tuna)

¼ peket Tepung ubi (beli kat Ctown)

Garam

Cara :

1) Bersihkan ikan (ambil isi ikan sahaja) – buang kulit ikan dan tulang, potong kecil-kecil supaya mudah blend.

2) Blend ikan sardine (tanpa air) – guna blender kering

3) Masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi dan garam ke dalam bekas yang mengandungi isi ikan yang telah diblend tadi. Gaul sehingga boleh dibentuk. (tetapi jangan terlalu keras. Adunan lembut sahaja dan tidak melekat)

4) Adunan tadi digentel di atas papan/dulang . bentuk panjang-panjang (atau ikut suka2)

5) Panaskan air di dalam periuk

6) Masukkan keropok yang telah siap dibentukkan tadi ke dalam air yang mendidih. Masukkan sedikit minyak (supaya apabila angkat nanti, tidak melekat )

7) Angkat keropok apabila ianya timbul pada permukaan air rebusan.

8) Potong mengikut bentuk yang anda mahu dan goreng seperti biasa.

· Adunan yang belum direbus, boleh digoreng terus. Rebus dahulu supaya yang lebih, boleh disimpan di dalam peti ais. Atau bagi akhawat2 , adik2 kesayangan anda. J

· Makan lah dengan sos cili biasa/ sos pencicah (juga boleh didapati di Ctown)

· Jangan masukkan air ya, sebab nanti rasa tepung sangat, x sedap sgt!


Di edit sikit dari blog ni : http://specialinterengganu.blogspot.com/2010/07/resepi-keropok-lekor-terengganu.html

No comments:

Post a Comment